Menu
Kangkung Amalan perladanganKangkung sesuai di tanam di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutama tanah yang kaya dengan bahan organik serta saliran air yang baik.
Biji benih kangkung boleh didapati selepas ia berbunga.
Jarak yang sesuai adalah 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok.
Dua jenis penanaman diusahakan: kering dan basah. Dalam kedua kes, sejumlah besar bahan organik (kompos dan najis) dan air diperlukan.
Dalam penanaman kering, kangkong ditanam pada jarak 5 inci pada batas dan disokong dengan kayu sangga. Kangkong boleh ditanam dari biji benih atau keratan akar. Ia sering ditanam pada tapak semaian sebelum dipindahkan di kebun. Penuaian dilakukan selepas 6 minggu ia ditanam.
Dimana penanaman basah diamalkan, potongan sepanjang 12-inci ditanam dalam lumpur dan dibiar basah. Semasa kangkong tumbuh, kawasan basah ditenggelami pada tahap 6 inci dan aliran air perlahan dikekalkan. Aliran air ini dihentikan semasa pembajaan. Rumpai dikawal dengan membanjiri kebun. Tuian dilakukan 30 hari selepas penanaman. Apabila pucuk diambil, cabang sisi dan menegak digalakkan dan boleh dituai setiap 7-10 hari.
Semasa berbunga, pucuk kangkong kurang tumbuh tetapi pembajaan dan penuaian cenderung menggalakkan lebih banyak daun terhasil.
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbersaran.
Penggunaan NPK hijau semasa awal penanaman dan 2 minggu selepas penanaman dan selepas penuaian kali pertama.
Ia selalu diserang lebam. Manakala serangga seperti belalang suka makan kangkung.Selalunya bawang atau selasih ditanam sebelah batas kangkung sebagai tanaman penghalua untuk mengurangkan serangan serangga perosak.
Kangkung merupakan salah satu sayuran yang boleh dituai dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, kangkung boleh di tuai dalam masa 30 hari selepas penanaman. Untuk mencapai kualiti optimum, penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana batang dan daun agak rapuh dan mudah patah. Kangkung dituai dengan mencabut pokok bersama akar supaya ia lebih tahan di pasaran. Kangkung kemudianya hendaklah dibasuh, dirapikan dan dibugkus jika ia adalah untuk jualan pasaran. Selain itu, kangkung juga boleh dituai untuk kali kedua dengan syarat tuaian pertama tak dituai sekali dengan akar. Walaupun begitu tuaian kangkung selepas tuaian pertama akan menghasilkan daun dan batang kangkung lebih kecil dari biasa.
Kangkung yang disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 13-15oC dengan kadar kelembapan relatif 90-95% mempunyai jangkahayat 5-7 hari. Seperti sayur berdaun lain, kangkung amat sensitif dengan gas etilena dan perlu dielak dari disimpan bersama dengan produk yang mengeluarkan gas etilena terutamanya buah-buahan.[7]
Menu
Kangkung Amalan perladanganBerkaitan
Kangkung Kangkung goreng Kangkung gunung Kangkong, Pasir Mas Kangkong Kanglung Kangxung Kang Kyung-joon Kangkong, Kota Setar Kang Jung-hoRujukan
WikiPedia: Kangkung http://www.stanford.edu/class/humbio103/ParaSites2... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17651914 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22646693 http://www.iptek.net.id/ind/teknologi_pangan/index... http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Food/News/2014... http://www.homestaymelaka.gov.my/blog/melaka-belac... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/vege/ka_tek_bm.html //doi.org/10.1016%2Fj.fitote.2007.06.011 //doi.org/10.1111%2Fj.1753-0407.2012.00210.x http://www.stuartxchange.org/Kangkong.html